fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Melaka berkurang

MELAKA, 1 November - Bilangan penduduk terjejas banjir di Melaka berkurang kepada 13 orang daripada empat keluarga pada pukul 8 pagi ini berbanding 16 orang daripada lima keluarga, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan berkata kesemua mereka membabitkan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Belimbing.

(Pukul 8 pagi ini, enduduk terjejas banjir di Melaka berkurang kepada 13)

Kenyataan itu memaklumkan mangsa terlibat ialah penduduk dari Kampung Pulau dan Kampung Belimbing.

Media Baharu