KUALA LUMPUR, 25 Mac- Seramai 1,853 orang daripada 504 keluarga terjejas banjir di Johor, setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Angka berkenaan meningkat berbanding 1,781 orang daripada 503 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bahawa 21 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di lima daerah negeri berkenaan.
"Johor Bahru menjadi daerah paling terjejas di negeri itu dengan mencatat 680 penduduk terjejas banjir daripada 152 keluarga. Mereka ditempatkan di enam PPS.
"Ini diikuti Batu Pahat, 621 orang terjejas banjir, Pontian (410 orang), Kluang (74 orang) dan Kota Tinggi (68 orang)," menurut kenyataan itu.
Sementara di Sabah, seramai 138 orang daripada 41 keluarga, ditempatkan di satu PPS negeri itu.
Angka berkenaan kekal, berbanding tengah malam tadi.
Ia hanya membabitkan daerah Beaufort.