fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 3,480

JOHOR, 28 Januari- Penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 3,480 orang setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Ia melibatkan 960 keluarga yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri menerusi kenyataannya memaklumkan, daerah terlibat ialah Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat dan Tangkak.

(Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di 35 PPS di enam daerah
di Johor semakin meningkat berbanding tengah malam tadi)

Jumlah penduduk terjejas paling ramai direkodkan di Mersing iaitu 1,818 orang yang ditempatkan di 12 PPS diikuti Kluang, 735 penduduk di empat PPS dan 417 penduduk di lapan PPS di Kota Tinggi.

Sementara itu, 380 orang penduduk berlindung di empat PPS di Batu Pahat, 115 penduduk di enam PPS di Segamat dan 15 individu dipindahkan di sebuah PPS di Tangkak.

Pemantauan mendapati keadaan cuaca cerah di semua daerah.

Media Baharu