fb fb fb fb fb

Penduduk Sungai Plentong rimas bau busuk dari sungai tercemar

FOTO JAS Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 7 September- Selepas pencemaran bau kimia di sekitar Sungai Pandan, Johor Bahru, Selasa lalu, kali ini penduduk di kawasan Sungai Plentong, pula digemparkan dengan situasi sama.

Perkara itu disahkan Jabatan Alam Sekitar, JAS negeri Johor, yang menerima laporan mengenainya, pagi semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon, memaklumkan, pihak JAS menemui bahan kimia mencurigakan dan tumpahan minyak yang dibuang di anak sungai Kawasan Industri Taman Desa Tropika dipercayai punca pencemaran bau berkenaan.

Pihaknya menggunakan ‘absorbent pad’ untuk membersihkan sebahagian tumpahan minyak dan sampel bahan kimia itu telah diambil untuk siasatan lanjut.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak berkuasa.

Dalam kejadian sebelum ini, hasil ujian sampel air dan tanah mengesahkan punca pencemaran bau di kawasan Sungai Pandan adalah disebabkan gas ammonia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE