fb fb fb fb fb

Penduduk pangsapuri SS8 terima bekalan elektrik sementara melalui genset TNB

Foto Facebook TNB

KUALA LUMPUR, 23 November -Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan set jana kuasa bergerak (Genset) kepada penduduk di pangsapuri SS8, Kelana Jaya, tengah malam tadi.

Penyediaan set jana kuasa bergerak itu, selepas pihak badan pengurusan bersama (JMB) menyiapkan kerja-kerja pembaikan pada komponen yang diperlukan untuk penyambungan genset.

Menerusi satu kenyataan TNB memaklumkan, ia bagi membolehkan penduduk pangsapuri berkenaan menikmati bekalan elektrik sementara menunggu kerja pembaikan penuh di MSB milik JMB disiapkan oleh kontraktor bangunan.

"Bekalan elektrik di Pangsapuri SS8, Kelana Jaya pulih melalui set janakuasa bergerak (Genset)," menurut kenyataan itu.

TNB akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia memberikan bantuan teknikal kepada kontraktor bangunan sekiranya diperlukan.

Baru-baru ini, tular video menerusi media sosial yang memaparkan sebuah blok pangsapuri bergelap selepas berlaku kebakaran di bilik MSB di bawah pengurusan JMB, sekali gus menjejaskan urusan harian lebih 1,000 penduduk.

TETITIA YUSOFF