fb fb fb fb fb

Penduduk diminta berwaspada, akur arahan berpindah

(Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mengahadiri Majlis Perasmian Balai Bomba Parit Sulong di Johor, pada Jumaat/FB Reezal Merican Naina Merican)


KUALA LUMPUR, 26 Februari- Penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatkan sentiasa waspada dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia berikutan cuaca mendung dan hujan sejak dua hari lalu yang mungkin mengakibatkan kejadian bencana alam.

Menurut hantarannya di Facebook, Reezal berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

(Hantaran Facebook Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican)

 

"Pasukan wira merah sentiasa bersiap sedia. Sehari dua ini cuaca agak mendung dan hujan. Saya juga telah mula menerima laporan kejadian banjir dan insiden bencana alam di beberapa buah negeri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui setiap Pusat Gerakan Operasi Negeri.

"Seperti mana pemakluman oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian hujan berterusan (bahaya, buruk dan waspada) akan melanda dijangka sehingga 26 Februari 2022.

“Saya mohon kita semua sentiasa waspada dan beri kerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah akibat kejadian-kejadian yang mungkin berlaku,” katanya di Facebook pada Sabtu.

MET Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain amaran hujan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga untuk perkapalan di perairan Laut China Selatan juga berkuat kuasa hingga 28 Februari ini.


Media Baharu