fb fb fb fb fb

Pendirian Trump terhadap Gaza tidak praktikal, bercanggah hak asasi

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Februari - Pendirian Presiden Donald Trump berhubung Gaza satu matlamat yang tidak praktikal dan tidak munasabah serta bercanggah dengan hak asasi rakyat Palestin.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, hasrat pengambilalihan Gaza itu juga dilihat sebagai satu percubaan untuk menguntungkan Israel dan memenuhi kepentingan negara 'Uncle Sam' berkenaan.

Pada masa sama, bertujuan mengaut keuntungan perniagaan daripada projek-projek pembangunan semula Gaza.

"Warga Palestin itu mereka tidak mahu meninggalkan Gaza dan mereka terus akan berada di Gaza dan dan apa sahaja urusan untuk pembangunan semula Gaza harus melalui proses yang melibatkan warga Gaza dan Palestin.

"Pihak Palestin khususnya pihak Hamas itu sendiri yang menjadi badan yang menyelia dan memastikan keamanan keselamatan di Gaza itu sendiri ya. Jadi saya rasa sangat tidak praktikal cadangan Donald Trump itu dan saya rasa harus ditolak oleh masyarakat antarabangsa," kata Azizuddin ketika dihubungi RTM.

TETITIA YUSOFF