fb fb fb fb fb

Pendidikan Islam penting untuk perkasa umat Islam

KANGAR, 11 Mei- Pendidikan Islam merupakan asas terpenting dalam usaha membangun dan memperkasakan umat Islam.

Umat Islam diminta terus berpegang dengan ajaran agama Islam yang sahih berdasarkan manhaj Ahlus Sunnah Waljamaah seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis 1948.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam di negeri Perlis, MAIPs dengan kerjasama JAIPs telah membangunkan kurikulum Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) dan dilaksanakan bersepadu dengan kurikulum Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dibawah JAKIM.

Bagi memperkasakan lagi kurikulum-kurikulum tersebut dan diselaraskan dengan kokurikulum di bawah Kementerian Pendidikan, Sekolah Integrasi Perlis (SIPs) telah diperkenalkan bagi mengoptimumkan pengajian pendidikan Islam negeri ini khususnya di sebelah petang.

Dalam usaha memperkasakan Pendidikan Islam Negeri, Mesyuarat MAIPs yang lalu telah memutuskan secara dasarnya untuk memberikan kebenaran mengurus kepada JAIPs untuk membangunkan Kompleks di Guar Jentik sebagai Pusat Latihan Islam Negeri ini.

(Foto fail)

Baginda bertitah ketika merasmikan Majlis Apresiasi Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis bagi tahun 2022/2023 bagi memberikan penghargaan kepada individu-individu dan pihak-pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan agenda pendidikan Islam di Perlis.

Media Baharu