PAPAR, 1 Julai - Pelbagai bantuan kerajaan persekutuan dan negeri terus memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Antaranya bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membantu menangani kos sara hidup.
Manakala bantuan negeri seperti Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, SYUKUR memberi keselesaan hidup lebih baik.
Penerima bantuan, Zuraidin Hais dan Rosmih Awang menyifatkan bantuan diterima, membantu meringankan beban ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendekatan holistik kerajaan kini memberi manfaat kepada rakyat.
Katanya, jumlah peruntukan STR dan SARA turut ditingkatkan kepada RM13 bilion tahun ini.
Datuk Armizan ditemui media ketika mengadakan lawatan ke rumah penerima bantuan Rumah Mesra SMJ di sini.
Dalam program berasingan, beliau turut menyerahkan baucar e-wallet dan bakul makanan kepada peniaga Pasar Am Papar.