fb fb fb fb fb

Pendang catat kes penyalahgunaan dadah tertinggi

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Daerah Pendang, Kedah mencatatkan peratusan paling tinggi isu penagihan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Ia diikuti Machang (Kelantan), Bachok (Kelantan), Besut (Terengganu), Dungun (Terengganu), Kemaman (Terengganu) dan Marang (Terengganu).

Data itu diperoleh hasil pemetaan yang dibuat menerusi data yang dikumpul daripada empat sumber iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, dan pusat pemulihan narkotik swasta.

"KDN (Kementerian Dalam Negeri) komited apabila data itu kita analisis ia menjadi panduan untuk kita menyusun pendekatan yang lebih tepat dan menjurus terus kepada lokasi yang berkenaan.

"'Within 6 months' kita akan 'take off' kemudian enam bulan berikutnya kita dah boleh buat balik keberkesanan program kita," katanya selepas program PDRM Dialog Khas II di sini.

Pada masa sama, beliau mengarahkan agensi penguat kuasa untuk memberi fokus bagi menangani isu penagihan di kawasan terlibat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM