KOTA KINABALU, 17 Disember -Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas wanita di Kampung Tambulion Laut, Kota Belud memasuki hari kedua.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, SAR dimulakan seawal 9.15 pagi tadi, dan dibahagikan kepada enam sektor pencarian.
Isnin lalu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan berhubung seorang warga emas yang dipercayai hilang di kawasan kampung tersebut.
Mangsa, Minun Kasim, 83 tahun kali terakhir dilihat kira-kira pukul 5.30 petang.
SAR diketuai Komander Operasi, Thomas Bolu dan disertai 10 anggota dengan kerjasama pelbagai agensi serta 20 penduduk kampung.