fb fb fb fb fb

Penang Bridge International Marathon (PBIM) berpotensi jadi acara tumpuan dunia

GEORGE TOWN, 11 Disember-Penang Bridge International Marathon (PBIM) akan menjadi salah satu acara
maraton terkenal di Asia pada masa akan datang.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berpendapat PBIM mempunyai daya tarikan tersendiri.

"Misi kami adalah untuk meningkatkan lagi kualiti PBIM. Kami berharap agar PBIM menjadi acara yang terkenal di Asia", katanya ketika ditemui media selepas acara pelepasan larian di Jambatan Pulau Pinang.

Pada penganjuran kali ini seramai 26,000 peserta mengambil bahagian dalam larian bertaraf antarabangsa itu.


(Para pemenang Penang Bridge International Marathon (PBIM)/ Foto RTM)

Tiga acara dipertandingkan iaitu Marathon Penuh melibatkan jarak 42 kilometer, Separuh Marathon dengan jarak 21 kilometer dan Larian 10 kilometer bagi kategori Terbuka.

Majlis pelepasan pelari disempurnakan oleh Gabenor Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup dan dilencongkan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) yang melibatkan jarak sepanjang 42 kilometer (km) bermula semalam sehingga pagi ini.

PBIM acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung membuat kemunculan semula tahun ini, selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Media Baharu