fb fb fb fb fb

Jangan terpedaya mesej menyamar Pengarah Kesihatan Johor

(Foto FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor)

JOHOR BAHRU, 11 Disember- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan mesej menerusi WhatsApp dan Telegram yang menyamar sebagai Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu.

JKNJ memaklumkan terdapat mesej yang menyamar sebagai Dr Aman meminta wang daripada pelbagai individu.

"Segala mesej menerusi WhatsApp ataupun Telegram yang menyamar sebagai Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu yang meminta wang adalah palsu.

"Ia merupakan ‘scammer’ yang menyamar sebagai beliau. Mohon semua yang mendapat mesej itu supaya jangan terpedaya," menurut kenyataan JKNJ di Facebook.

Dalam pada itu, Dr Aman memberitahu kejadian disedari beliau sekitar pukul 5.00 petang selepas dimaklumkan berkenaan mesej yang dihantar di platform tersebut.

"Scammer tersebut, mengantar mesej, bertanya khabar kepada beberapa individu, sebelum bertindak meminta individu terbabit, melakukan transaksi wang kepada sebuah akaun bank," katanya dalam kenyataan.

Dr Aman memaklumkan telah membuat laporan polis berkenaan kes penggodaman tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, semalam.

(Foto FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor)

Media Baharu