fb fb fb fb fb

Pemilihan opsyen warga RTM disasar selesai pertengahan November

FOTO RTM

KUCHING, 8 Oktober- Jabatan Penyiaran Malaysia menyasarkan kakitangannya untuk menghantar Borang Opsyen selewat-lewatnya 15 November depan.

Penolong Pengarah Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran, Ainin Sofea Mohd Fozi berkata, sasaran itu ditetapkan di peringkat Ibu Pejabat dan Jabatan di peringkat Negeri.

"Untuk di RTM Sarawak dan RTM Sabah, prosesnya adalah di RTM masing-masing. Jadi, 15 November tarikh ditetapkan untuk RTM Sarawak dan Sabah.

"Manakala, untuk Ibu Pejabat juga sama. 15 November, semua sudah tandatangan borang opsyen," katanya selepas Sesi Taklimat SSPA bersama warga Jabatan Penyiaran Sarawak di RTM Kuching hari ini.

Tambahnya, penetapan tarikh itu bagi membolehkan proses seterusnya dapat dilaksana segera sekiranya ada yang memilih opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), sekali gus membolehkan mereka menikmati pelarasan gaji fasa pertama yang ditetapkan pada 1 Disember 2024.

Sesi Taklimat SSPA di RTM Kuching disampaikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Sumber Manusia Jabatan Penyiaran Malaysia, Ernie Masnita A. Hamid.

RTM Sarawak merupakan lokasi kedua sesi taklimat berkenaan selepas RTM Sabah.

Esok, taklimat sama akan berlangsung di RTM Perak.

Trainee2