fb fb fb fb fb

Pemerbadanan Jabatan Insolvensi, kerajaan laksana kajian kebolehlaksanaan cadangan

Datuk Seri Azalina Othman Said

PUTRAJAYA, 25 Julai - Kerajaan akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selaras dengan konsep 'Global Best Practices', dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kajian akan mengambil kira pandangan pakar insolvensi rentas sempadan, selain pakar dalam dan luar negara, termasuk rakyat umum.

“Oleh itu sebagai satu hala tuju baharu, MdI akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk cadangan pemerbadanan MdI selaras dengan amalan global terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan 100 tahun dan Hala Tuju Baharu MdI, di sini.

Tambah Azalina, usaha tersebut secara tidak langsung menggalakkan pengaliran wang dan pertumbuhan ekonomi, sekali gus menarik pelaburan kewangan dan perdagangan antarabangsa ke Malaysia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN