fb fb fb fb fb

Pembukaan semula sektor ekonomi, Malaysia catat jumlah dagangan luar melebihi RM2 trilion

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Malaysia berjaya mencatatkan jumlah dagangan luar melebihi RM2 trilion menerusi pembukaan semula sektor ekonomi dibawah Pelan Pemulihan Negara 1.0.

Nilai kemasukan bersih pelaburan langsung asing (FDI) negara juga melebihi RM50 bilion yang menyumbang kepada penguncupan kadar pengangguran kepada 4.2%.

Antara pencapaian lain yang dapat dilaksana menerusi Pelan Pemulihan Negara termasuklah peralihan semua negeri ke Fasa-4, kadar vaksinasi bagi golongan dewasa yang mencecah 98% dan Kejayaan Program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi.

"Bagi pakej PEMULIH iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi kelapan yang diumumkan pada 28 Jun 2021, sejumlah RM111.37 bilion atau daripada RM150 bilion yang diperuntukkan telah disalurkan setakat 31 Disember 2021."

"Pecahan inisiatif utama yang telah disalurkan adalah seperti berikut: RM80 bilion telah diperuntukkan bagi Program Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman dan Moratorium. RM4.6 bilion telah disalurkan bagi Program Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang memanfaatkan 9,950,000 penerima dan RM2.15 bilion telah disalurkan bagi Lanjutan Program Subsidi Upah 4.0," kata Shahar menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Yahaya.

Tambahnya, sekreteriat Majlis Pemulihan Negara sedang merangka Pelan Pemulihan Negara 2.0 yang lebih komprehensif dan inklusif bagi memastikan pemulihan negara seterusnya lebih bersifat menyeluruh.


(GAMBAR FAIL)

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan peruntukan khusus sebanyak RM746 juta untuk menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif sekolah seluruh negara termasuk di pedalaman dan luar bandar.

Bagaimanapun, keutamaan penyelenggaraan akan diberikan kepada mana-mana sekolah yang memiliki fasiliti yang rosak teruk dan tidak selamat sekiranya tidak diselenggara.

"Keutamaan itu perlu ditetapkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memandangkan jumlah peruntukan yang diterima dalam tahun semasa adalah tidak mencukup bagi menyelenggara keseluruhan sekolah. Bagaimanapun, KPM tetap komited untuk menyelenggara mana-mana sekolah yang diketegorikan dalam kes kecemasan dan boleh membahayakan murid sekiranya tidak dibaiki," kata Datuk Mohamad Alamin menjawab soalan senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkenaan fasiliti sekolah uzur terutamanya di luar bandar dan pedalaman.

Media Baharu