fb fb fb fb fb

Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan persendirian- LLM

Kenyataan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LLM menerusi satu kenyataan pagi ini memaklumkan pembinaan tol berkenaan seperti yang tular baru-baru ini berlaku di jalan persendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).

“Merujuk kepada tularnya gambar pembinaan palza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya baru-baru ini Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia ingin memaklumkan bahawa projek pembinaan ini bukan bawah bidang kuasa KKR/LLM kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan.

"Jalan tersebut adalah merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak),"menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman memaklumkan bahawa sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian harus mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan pada 21 Oktober, beliau menyatakan Pihak Majlis Perbandaran Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang masih tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol itu dan arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Bentong.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE