fb fb fb fb fb

Pembinaan ORS mampu selesaikan gangguan bekalan air

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 15 Jun-Pembinaan Kolam Takungan Hiliran atau Off River Storage (ORS) berupaya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ORS merupakan alternatif  bagi sumber air dan diguna pakai bagi menghadapi fenomena perubahan iklim.

Jelasnya, ORS berperanan sebagai kolam penyimpanan air mentah di kawasan hilir dan pinggir sungai serta berhampiran loji bagi kegunaan penduduk setempat.

"Air-Air dari sungai disimpan dahulu dan digunakan untuk tebatan banjir agar air-air tersebut tidak masuk ke dalam lembangan sungai.

"Kita juga boleh menggunakan sumber tersebut sebagai bekalan air untuk digunakan.

"Contohnya di Sungai Rasau yang melibatkan tebatan banjir dan sumber air itu juga digunakan untuk mengurangkan tekanan Sungai Klang yang menjadi sumber utama membekalkan air", katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan wakil Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berhubung komitmen Kerajaan memastikan negara tidak mengalami impak buruk rentetan fenomena iklim global yang tidak menentu.


(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad/FOTO
RTM)

Media Baharu