fb fb fb fb fb

Pembinaan Kolam Takungan Hiliran Kuala Medang, atasi masalah bekalan air- MB Pahang

LIPIS, 4 Mac- Masalah bekalan air penduduk sekitar Kuala Medang, bakal diselesaikan dengan pembinaan kolam takungan hiliran atau Off River Storage (ORS) bernilai RM12 juta yang telah dimulakan pada Disember lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang dijangka siap pada November ini akan memanfaatkan kira-kira 3,000 penduduk melibatkan beberapa kawasan antaranya Kuala Medang, Sungai Koyan,Tanjung Gahai dan Agropolitan Gahai.

"Kita memang memberi perhatian serius bersabit dengan bekalan air ini sebab itulah pada tahun 2021 kita peruntukan sebanyak RM92.5 juta untuk pembanguanan infrastruktur bekalan air serta menaik taraf sistem dan pada tahun ini saja kita telah menetapkan memberi peruntukan sebanyak RM151,28 juta dan ini bermakna perningkatan sebanyak RM58.78 juta berbanding tahun lepas.

"Projek ORS ini adalah satu daripada pendekatan dilaksanakan kerajaan negeri untuk memastikan perkhidmatan bekalan air bersih dapat disediakan dengan sehabis baik untuk penduduk Pahang," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek ORS Kuala Medang yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang, Roslina Yusop.

Selain memenuhi keperluan bekalan air bagi loji rawatan Kuala Medang, pembinaan kolam takungan ini apabila siap kelak boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi setelah turut dilengkapi dengan trek joging.


(Wan Rosdy diberi penerangan mengenai plan lokasi projek oleh Roslina selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Off River Storage (ORS) Kuala Medang)

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, sebanyak RM2.36 juta diperuntukkan kepada 23,617 murid tahun satu di seluruh Pahang bagi sesi persekolahan tahun 2022.

Kerajaan negeri telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM100 kepada setiap murid tahun satu di seluruh negeri Pahang bagi sesi persekolah 2022 ..jadi di Pahang ni kita terdapat seramai 23,617 murid tahun satu yang akan memdapat manfaat bantuan ini," ujarnya.

Pemilihan bantuan awal persekolahan ini adalah secara automatik menerusi data daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Media Baharu