fb fb fb fb fb

Bulan Solat: JAWI sediakan surau bergerak di tapak pasar malam

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Bersempena Bulan Solat Peringkat Kebangsaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan surau bergerak di tapak-tapak pasar malam sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, Bengkel Solat Sempurna serta aktiviti solat berjemaah bersama Komuniti Disayangi turut menjadi pengisian.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary ia suatu mekanisme dakwah bagi meningkatkan dan memperbaiki kualiti ibadah disamping menghayati hikmah dan kepentingannya dalam membentuk sahsiah.

"Pelancaran ini juga menonjolkan naratif di sebalik perintah kewajipan solat kepada seluruh umat Islam, solat mampu mendidik seseorang dalam membentuk sahsiah mulia dan terpuji dan terpuji dalam diri menjadi insan bertakwa, sabar, tawakal dan berjihad, mendidik jiwa menjadi tenang dan redha serta ikhlas, istiqomah, itqan, ihsan, berintigriti dan sebagainya," katanya.

Ahmad Marzuk ditemui selepas melancarkan Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Antara pengisian menarik termasuk program Subuh Perdana, Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit dan banyak lagi.


(Datuk Ahmad Marzuk Shaary melancarkan Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan di ibu negara)

 

Media Baharu