fb fb fb fb fb

Pembinaan insinerator di Sungai Udang akan dilaksana mengikut perancangan

(FOTO HIASAN)

MELAKA, 26 Oktober - Pembinaan insinerator di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai Udang, Melaka akan dilaksana seperti dirancang.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata projek tersebut memerlukan sedikit masa untuk penelitian menyeluruh agar pelaksanaan teknologi itu berjaya dan memberi impak positif kepada penduduk.

Katanya, selain penelitian menyeluruh projek menerusi peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu juga melibatkan peruntukan besar.

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

"Saya minta penduduk bersabar...kerajaan akan memastikan insinerator ini akan dapat dilaksanakan. Bukan kita abaikan...mana-mana kerajaan pun akan pastikan penduduk terbela," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Petugas Sektor Pembersihan Negeri Melaka, di Dewan Hang Tuah, semalam.

Loji yang bakal dibina di atas tanah seluas 9.5 ekar di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang dijangka dapat mengatasi masalah lambakan sampah di negeri itu seterusnya melegakan lebih 7,000 penduduk sekitar yang dibelenggu masalah pencemaran sejak 15 tahun lalu.

Media Baharu