fb fb fb fb fb

Pembinaan Hospital Pengajar Universiti USIM, lonjak ekosistem Sedili

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencuba permainan ‘Bu Wire’ di salah satu reruai pada Perasmian Kembara Lestari @ Kota Tinggi di Dewan Terbuka Felda Lok Heng Barat/ BERNAMA

KOTA TINGGI, 17 Julai - Kompleks Hospital Pengajar Universiti (HPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan dibina di Sedili, Kota Tinggi dengan melibatkan kos kira-kira RM900 juta, bakal melonjak ekosistem daerah itu.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, perancangan awal projek kini sedang diteliti sebelum pemilihan kontraktor dilakukan.

Proses perancangan awal tersebut dan urusan berkaitan dijangka mengambil masa sehingga tiga tahun.

"Jadi kita perlu faham itu, tetapi kita beri sokongan supaya projek fasa satu yang bernilai RM900 juta akan mengubah keadaan Kota Tinggi terutama Sedili, limpahannya akan masuk ke semua kawasan termasuk Lok Heng. Ia benar-benar dapat diteruskan kerana ia merupakan pemangkin perubahan besara bagi kawasan Parlimen Kota Tinggi, insya-Allah", katanya.

Beliau ditemui semasa Perasmian Kembara Lestari @ Kota Tinggi 2025 di Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor.

ROSLINA BINTI DIN