fb fb fb fb fb

Pembenihan awan dilakukan di Pulau Pinang

(Pesawat angkut C130H)

GEORGE TOWN, 3 Mei- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang dan Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang, bermula semalam.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan, operasi yang dijangka berlarutan hingga esok itu turut melibatkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan kerajaan negeri.

Operasi berkenaan melibatkan penyediaan empat tangki bancuhan larutan garam dengan muatan 1,500 liter bagi setiap tangki.

Pembenihan awan akan menggunakan khidmat pesawat angkut C130H oleh anak kapal No 20 Skuadron.

Kenyataan sama menyebut, pesawat angkut TUDM berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada pukul 2.45 petang.

Pembenihan awan dilaksana bagi memulihkan bekalan air yang terjejas dan semakin menyusut di kawasan tadahan hujan.

(Tangki bancuhan larutan garam bagi operasi pembenihan awan)

Media Baharu