fb fb fb fb fb

KKM harap Kertas Putih Kesihatan dapat sokongan penuh

(FOTO HIASAN)

GEORGE TOWN, 3 Mei - Kertas Putih Kesihatan yang bakal menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia diharap akan mendapat sokongan seluruh masyarakat dan kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata Kertas Putih Kesihatan itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan sokongan dwipartisan ahli Parlimen sebelum langkah-langkah pelaksanaanya dapat dijalankan.

(Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan)

"Dari segi konsep, ia telah pun lengkap serta merangkumi segala aspek kesihatan tapi kita perlu mula untuk mengoptimumkan strategi dan perancangan dari sekarang.

"Kita berharap ia mendapat sokongan penuh kerana usaha ini bukan membabitkan KKM sahaja malah memerlukan usaha masyarakat dan kerajaan secara menyeluruh untuk menjadikan sistem kesihatan Malaysia lebih cekap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan Zon Utara, di sini pada Selasa.

Tambah Muhammad Radzi, antara isu yang dibangkitkan tertumpu kepada penambahbaikan perkhidmatan sistem kesihatan negara yang sering menghadapi kesesakan, antaranya, di kecemasan dan pusat-pusat kesihatan.

Media Baharu