(Pemeran 'Hallyu! The Korean Wave' di Balau Seni Negara, Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 3 Mei- Pameran 'Hallyu! The Korean Wave' diadakan di Balai Seni Negara di Kuala Lumpur sehingga 16 September ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Saraya Arbi berkata, pameran menterjemahkan pengalaman 20 pengkarya tempatan dan Korea Selatan tentang asimilasi budaya kedua-dua negara.
Pameran kolaborasi antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Balai Seni Negara dan Kedutaan Korea Selatan di Malaysia itu dirasmikan bersama Menteri Luar Korea Selatan, Park Jin.
Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenal pada tahun 1982 mempamerkan banyak kerjasama dan model pembangunan Korea Selatan yang menyerap dalam masyarakat di negara ini.
Dasar yang turut menekankan pertukaran sosial budaya turut melihat 'Hallyu' atau Gelombang Korea berkembang sehingga ke hari ini.
(Park Jin)