fb fb fb fb fb

Cuaca panas: KPM benar murid, guru pakai baju sukan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

KPM memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

(FOTO HIASAN)

"Pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana," kata KPM menerusi kenyataan.

KPM berkata pihak kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara.

"Fenomena ini merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap. Keadaan cuaca panas boleh mencetuskan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan," kata KPM.

Media Baharu