fb fb fb fb fb

Mohamad Fauzi mula tugas Ketua Setiausaha KKD

PUTRAJAYA, 3 Mei- Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dilantik sebagai Ketua Setiausaha baharu di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menggantikan Datuk Seri Mohammad Mentek.

Beliau hadir di bangunan KKD, di sini, pada pukul 8:50 pagi dan disambut oleh pengurusan tertinggi kementerian.

Mohamad Fauzi mengimbas wajah di mesin perakam waktu kehadiran sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Setiausaha KKD.

(Foto fail)

Terdahulu, beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) di Kementerian Dalam Negeri.

Media Baharu