fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke London

(Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah)

PUTRAJAYA, 3 Mei- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke London, United Kingdom (UK) mulai hari ini hingga 14 Mei.

Baginda berdua dijemput hadir ke upacara pertabalan Raja Charles III di Westminster Abbey pada 6 Mei.

"Baginda berdua juga berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi yang dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei.

"Lawatan khas ini amat signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab di antara Malaysia dan United Kingdom, terutamanya di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan Komanwel," menurut kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, lawatan berkenaan turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintah tertinggi negara.

(Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah)

Media Baharu