fb fb fb fb fb

Jenazah kakitangan RTM, Zubairy Abdullah selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Jenazah mangsa maut, Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Benta-Lipis dibawa dari Lipis ke Kelantan untuk dikebumikan pada pukul 8.00 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 46 tahun itu merupakan Ketua Unit Saluran Berita RTM.

Adik Allahyarham, Zaid Abdullah memaklumkan anak perempuan Allahyarham masih dalam keadaan koma.

Manakala anak lelaki bongsu Allahyarham sudah sedar namun masih dalam pemantauan hospital.

(Foto fail)

Berita berkaitan:
Ketua Unit Saluran Berita RTM maut kemalangan
Fahmi ucap takziah pemergian Allahyarham Mohd Zubairy

Difahamkan kemalangan itu berlaku selepas sebuah MPV bertembung dengan sebuah lori dan pacuan empat roda.

Media Baharu