fb fb fb fb fb

Hak kebebasan bersuara kepada media terus disokong Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Hak kebebasan bersuara terutama kepada media akan terus disokong Kerajaan Perpaduan.

Ini selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching sekali lagi menyatakan, kerajaan sedia ada berjaya meraih pencapaian yang lebih baik dalam perkara berkenaan.

Menurut beliau, ianya terbukti menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RFS).

Tambahnya, kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding 199 dengan 60.53 mata, tahun sebelumnya.

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching)

Teo turut mengakui bahawa beliau mengikuti perkembangan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia yang telah diusahakan sejak 2018.

Bagaimanapun, Rang Undang-undang mengenainya sedang diteliti, sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

Media Baharu