KUALA LUMPUR, 31 Mei- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan terus memantau rapat kes pembakaran terbuka yang berkemungkinan menyebabkan berlakunya jerebu.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,“seperti sedia maklum ketika ini kita sedang memasuki fasa musim monsun barat daya yang melibatkan cuaca kering dan hujan berkurangan dari 15 Mei lalu dan dijangka selesai pada September nanti.
"Jadi pihak kami akan terus memantau dengan lebih dekat mengenai cuaca panas ini dan kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka dan tindakan akan terus dilakukan sekiranya tahap indeks pencemaran udara (IPU) semakin membimbangkan," katanya kepada pemberita dalam sidang media Majlis Penjenamaan Semula Malakoff di ibu negara.
Bagaimanapun langkah-langkah serta tindakan akan terus dilakukan kerajaan berikutan jerebu yang berlaku ketika ini.
Tambah beliau, sejak Januari sehingga Mei terdapat hampir 2,000 kes pembakaran terbuka dan lima pembakaran berskala besar berlaku melibatkan hutan tanah gambut, tempat pelupusan sampah dan tempat pelupusan sampah haram.
(Foto hiasan)