fb fb fb fb fb

Pembabitan korporat dalam program sastera, bentuk pembangunan bahasa, budaya & bangsa

Majlis Perasmian Penutupan Sayembara Penulisan Dan Deklamasi Puisi Alam Sekitar Peringkat Sekolah Rendah, Menengah dan Universiti Awam 2003

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Pembabitan badan korporat dalam program sastera berupaya membantu membentuk pembangunan bahasa dan budaya bangsa dalam kalangan pelapis negara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menerusi teks ucapannya menyatakan era globalisasi berpaksikan teknologi seakan meminggirkan sastera dan budaya bangsa.

Menurut Fadhlina seni kesusateraan merupakan jiwa masyarakat yang perlu dipertahankan sebagai legasi tamadun bangsa dan negara yang unggul.

Beliau turut menyatakan kemajuan teknologi perlu diimbangi dengan pemantapan tahap pemikiran kreatif dan kritis bagi membentuk peradaban generasi muda yang beretika.

Menurutnya lagi kementeriannya mengalu-alukan kerjasama dengan agensi korporat dan swasta bagi melestarikan budaya seni kreatif di kalangan masyarakat dan generasi muda.

Majlis Perasmian Penutupan Sayembara Penulisan Dan Deklamasi Puisi Alam Sekitar Peringkat Sekolah Rendah, Menengah dan Universiti Awam 2003 disempurnakan hari ini di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE