fb fb fb fb fb

Pemasangan rangkaian 5G di Melaka selesai sepenuhnya hujung tahun

(FOTO RTM)

JASIN, 9 Mei-Melaka sasar pemasangan rangkaian 5G di negeri itu selesai sepenuhnya tahun ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Fairul Nizam Roslan berkata, pemasangan itu melibatkan sebanyak 224 lokasi di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Kerajaan negeri katanya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mempercepatkan proses pemasangan rangkaian itu.

"Pemasangan 5G dalam Melaka sudah mencapai 54 peratus. Saya akan berbincang dengan pihak bertanggungjawab MITCH dan MCMC bagi menyegerakan lagi pemasangan.

"Saya sasarkan sasaran 100 peratus pemasangan. Kalau boleh dicapai lebih awal, kita akan minta kuota dan lokasi-lokasi tambahan terutamanya DUN Asahan dan beberapa pekan kecil lain", katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Asahan di Nyalas, Jasin.

Pada majlis berkenaan lebih 6,000 penduduk sekitar hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Sehingga 30 April, rangkaian 5G telah siap dipasang masing-masing di 91 lokasi di Melaka Tengah, Alor Gajah 6 lokasi dan Jasin 3 lokasi.


(Foto hiasan/FOTO RTM)

Media Baharu