fb fb fb fb fb

Pemandu lori 53 tahun maut dihempap kayu balak

GUA MUSANG, 9 Mei - Seorang pemandu lori yang baru dua bulan bekerja maut selepas dipercayai dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata, ketika itu mangsa Norazlan Hamdan, berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak daripada lori menggunakan kaedah yang biasa iaitu membuka empat rantai bersama kunci kecuali di bahagian tengah dalam kejadian pada 2.15 petang.

"Siasatan awal mendapati selepas membuka 'chain lock' mangsa telah pergi ke arah kanan lori dan beritndak menarik rantai sebelum sebatang balak tiba-tiba jatuh menimpa bahagian badan mangsa

"Rakannya yang berada di lokasi kemudiannya telah membawa mangsa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

(Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan)

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemukan ke atas kematian mangsa.

"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian mangsa ialah 'massive blood loss secondary' berpunca daripada kehilangan darah yang banyak akibat kecederaan di tempat kerja.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Kami mengingatkan supaya mana-mana individu tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati," katanya.

Media Baharu