fb fb fb fb fb

Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) meningkat 0.62 peratus tahun lalu

(FOTO RTM)

ALOR SETAR, 9 Mei-Hubungan dan perpaduan antara kaum di negara ini bertambah baik berdasarkan dapatan Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2.0 yang dijalankan tahun lalu.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata pelbagai kempen dan program dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat di negara ini telah berjaya meningkatkan peratusan indeks tersebut.

Menurut Aaron, IPNas 2.0 telah dilaksanakan secara bersama dengan Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati terdapat peningkatan sebanyak 0.62 peratus pada 2022 berbanding 0.57 peratus pada 2022.

"Kajian yang dilakukan pada tahun 2022 meningkat sedikit sebanyak 0.62 peratus berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 0.57 peratus.

"Program-program Integrasi persefahaman antara kaum adalah penting. Sekiranya tiada ia akan jadi masalah", katanya kepada RTM selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Perpaduan Bersama Warga Kemnterian Perpaduan Negara dan Jentera Perpaduan Negeri Kedah dan Perlis di sini, Isnin lalu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau bercadang untuk memperluaskan lagi Kawasan Rukun Tertangga KRT di negara ini yang membantu menyumbang kepada semangat perpaduan.

Sehingga kini terdapat lebih 8,348 KRT di seluruh negara.  


(Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang)


Media Baharu