fb fb fb fb fb

Pemandu Myvi maut kemalangan dengan treler

(JBPM Pahang)

PEKAN, 13 Oktober- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat, di Pekan, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi tersepit dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler dilaporkan selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.27 pagi.

Susulan itu, enam anggota termasuk seorang pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

Menurutnya, operasi turut dibantu enam anggota bomba dari BBP Muadzam Shah.

"Anggota yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa berjaya dikeluarkan, bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata Zulfadli kepada media.


(Zulfadli berkata pemandu Myvi maut kemalangan dengan treler/JBPM Pahang)

Media Baharu