fb fb fb fb fb

Lori muatan besi buruk terbalik, pemandu maut

FOTO BOMBA

GUA MUSANG, 11 Julai- Seorang pemandu lori treler maut dan kelindan mengalami kecederaan selepas lori dinaiki terbalik dalam kejadian di Kampung Sungai Lakit, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa, Mohd Faiz Mohd Tarmizi, 27, tersepit di ruang pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lori membawa muatan besi buruk itu dipercayai terbalik di selekoh tajam, mengakibatkan ia terseret lebih 50 meter (m) ke bahu jalan arah bertentangan.

Bomba terpaksa menggunakan kren dan jentolak untuk proses mengeluarkan mangsa tersepit.

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

SITI AISHAH MD ISA