(Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 24 April- Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan maut dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 21.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala NerusĀ jumaat lalu meninggal dunia semalam.
Mangsa, Nik Nordin Jusof 51 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu pukul 4.02 minit petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, Allahyarham yang berasal dari Pulau Melaka, Kota Bahru, Kelantan itu mengalami patah kaki kiri akibat kemalangan tersebut.
Sebelum ini, pasangan suami isteri Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52 tahun dan Siti Faridaf Ahmad, 46 tahun yang menaiki kereta Perodua Myvi telah maut di lokasi kejadian.
Anak mereka Che Ku Batrisya yang berusia 18 tahun pula cedera parah sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi HSNZ.
(FOTO FAIL)