(Kebanyakan rumah rosak membabitkan bumbung yang diterbangkan angin)
KANGAR, 24 April- Susulan kejadian angin kencang dan hujan yang melanda Perlis kira-kira pukul 3.30 hingga 4.00 petang semalam, dan sehingga pukul 9.00 pagi tadi sebanyak 21 buah rumah rosak selepas bumbung diterbangkan angin dan struktur runtuh dilaporkan.
14 kawasan dikenal pasti terlibat iaitu Kampung Teluk Jambu, Behor Temak, Kurung Batang dan Batu Hampar di Kangar.
Turut terjejas, Kampung Paya, Kampung Guring dan Kampung Darat di Beseri, Kampung Gial di Mata Ayer, Kampung Padang Siding, Kurong Anai, Kampung Sena, Pekan Arau, Permatang Bongor serta Sungai Baru di Arau.
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya kini sedang menyelaras dan mengemaskini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas.
Bagi yang mengalami kerosakan kecil, bantuan membaiki kediaman akan diselaras oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala bagi kerosakan besar akan diselaras oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
(Kebanyakan rumah rosak membabitkan bumbung yang diterbangkan angin)