fb fb fb fb fb

Pelbagai reformasi institusi dilaksana, perkukuh integriti Kerajaan MADANI

Infografik Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Disember - Pelbagai reformasi institusi melalui langkah nyata dilaksanakan Kerajaan MADANI sepanjang 2025 termasuk Rang Udang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan yang menghadkan kuasa Menteri Kewangan, dengan keputusan berkaitan perolehan boleh dicabar dan dikaji semula secara bebas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook memaklumkan reformasi berkenaan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan ketelusan audit Kerajaan diperkuat.

"Reformasi ini mengunci integriti perbelanjaan awam, memendekkan proses pentadbiran dan menutup ruang ketirisan sejak peringkat awal.

"Hasilnya penyampaian perkhidmatan menjadi lebih pantas, pemantauan kewangan lebih telus, risiko rasuah dapat dikesan dan dicantas lebih awal, keyakinan pelabur dipulihkan serta daya saing Malaysia melonjak di peringkat global," menurut hantaran itu.

Selain itu sistem menjadi lebih dipercayai dengan peningkatan ketelusan, penyampaian awam, tadbir urus bertaraf global serta penurunan risiko rasuah.

Reformasi itu turut menjadikan daya saing negara terus melonjak di peringkat global. Perkara itu dibuktikan dengan Malaysia berada di tangga 23 daya saing dunia (WCR), naik 11 anak tangga.

Ia turut menarik minat pelabur selain meningkatkan keyakinan rakyat terhadap tadbir urus Kerajaan MADANI.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI