fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia Labuan giat cari kru bot nelayan di perairan Tanjung Kubong

Leftenen Komander Maritim Mohd Badri Barid Abdullah

LABUAN, 25 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan dan Pasukan Polis Marin Labuan terus melakukan operasi carilamat susulan seorang kru bot nelayan dilaporkan hilang, dikhuatiri terjatuh di perairan laut Tanjung Kubong semalam.

Pegawai Pemerintah KM Adil Zon Maritim Labuan, Leftenen Komander Maritim Mohd Badri Barid Abdullah berkata, kejadian berkenaan berlaku di kedudukan sekitar 7.8 batu nautika utara Tanjung Kubong.

"Seramai 40 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ini. Keluasan kawasan pencarian hari ini meliputi 68 batu nautika dan kami berharap dapat menemui mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan di sini.

Mangsa berusia 49 tahun merupakan warganegara dipercayai terjatuh ke laut kira-kira 8.43 minit pagi.

Maritim Malaysia telah menggerakkan aset KM Lahad Datu dan Bot Penggalang 24 ke lokasi kejadian, manakala Pasukan Polis Marin menggerakkan aset PSC 1, bagi melaksanakan operasi pencarian.

Operasi pencarian itu juga turut dibantu oleh bot-bot nelayan tempatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI