fb fb fb fb fb

Pelantikan Setiausaha Kewangan Sarawak dalam LHDN perlu dibentang di Parlimen

SIBU, 7 Januari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, satu proses berkaitan pindaan undang-undang bagi pelantikan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu dibentang di parlimen.

Menurutnya tindakan itu bagi mendapatkan kelulusan bagi pelantikan tersebut.

Jelas Fadillah, buat masa ini wakil tersebut bukan daripada penjawat awam.

Namun beliau berpendapat sekiranya lantikan berkenaan daripada setiausaha kewangan negeri, ia lebih sesuai bagi memastikan kerahsiaan terjamin.

Tambahnya, jawatankuasa teknikal dipertanggungjawab menguruskan perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan tinjauan mesra di Pasar Sentral Sibu.

(Fadillah Yusof)

Media Baharu