fb fb fb fb fb

Orang ramai setuju batal kemudahan bekas menteri

SEREMBAN, 7 Januari- Membatalkan kemudahan kereta bekas menteri adalah langkah penjimatan yang sewajarnya kerana ia tidak melibatkan perlembagaan dan dapat dilaksana sekali gus peruntukan tersebut dapat disalur untuk kebajikan rakyat.

Mengulas mengenai pemansuhan atau pengurangan pencen anggota kabinet, mereka cakna ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan penelitian dan rujukan daripada banyak pihak.

Jelas pesara Dasmi Mustafa yang ditemui pemberita; "saya berpendapat lagi baik sekiranya lebihan duit digunakan untuk rakyat. tidaklah berlaku pembaziran."

Bagi pekerja awam Muhamad Syazwan Sidek berkata, pemotongan elaun itu merupakan satu langkah kecil namun; "memberi kesan kepada rakyat yang sedang mengalami kos sara hidup yang tinggi selain membantu pertumbuhan ekonomi negara."

Pandangan berkenaan langkah penjimatan tersebut turut mendapat perhatian peniaga Joharin Md Yusop, "saya amat setujua dengan apa yang talah dicadangkan oleh Perdana Menteri. Ia juga mungkin dapat mengurangkan beban rakyat pada ketika menghadapi keadaan ekonomi mencabar."

Selain itu, menurut peniaga Mohamad Nazmi Shamsul, "mungkin perkara ini tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, namun boleh dilakukan secara beransur-ansur atau secara berperingkat. Saya rasa tiada masalah untuk ia dilaksanakan."

(Foto hiasan)

Media Baharu