fb fb fb fb fb

Pelantikan Ab Rauf disasar tingkatkan ekonomi Melaka - Zahid

FOTO BERNAMA

IPOH, 31 Mac- Pelantikan ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusof sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu merupakan kesinambungan kepada pemerintahan terdahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap dengan pelantikan tersebut ia dapat menarik lebih ramai pelabur luar ke negeri itu terutama berkaitan sektor perindustrian dan pelancongan.

"Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat kawasan industri yang akan dibangunkan dan potensi pelabur-pelabur melalui 'Foreign Direct Investment' (FDI) yang akan dibawa ke Melaka yang mana nilainya mungkin mencecah RM100 juta untuk tempoh empat tahun.

Ini sekali gus bakal menyediakan peluang pekerjaan pembangunan ekonomi dan juga hasil yang akan dikutip kerajaan negeri akan bertambah," kata Zahid kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Perak, di sini.

Datuk Seri Ab Rauf dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali melepaskan jawatan tersebut.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu