fb fb fb fb fb

Pelantikan 829 ketua kampung, akan dilaksana segera - Saarani

Foto FB Menteri

IPOH, 12 Mei- Pelantikan baharu 829 ketua kampung di 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka selesai sebelum 22 Mei ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan secara berperingkat itu melibatkan kampung Melayu di 33 DUN.

Fasa kedua pula melibatkan 26 DUN pembangkang.

"Persiapan kita dah selesai. Saya ingat sebelum sidang dewan fasa pertama. Fasa pertama ini melibatkan kampung-kampung yang ada dalam 33 DUN kerajaan.

Fasa kedua nanti pula ketua-ketua kampung bagi 26 DUN diketuai pembangkang," kata Saarani kepada media pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Negeri Perak di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping.

Mengulas lanjut, pelantikan ketua kampung di 158 kampung baru Cina dan tujuh kampung India telah selesai dijalankan.


(Foto FB Menteri)

Media Baharu