fb fb fb fb fb

Pelancong warga Korea Selatan dan China diselamatkan Bomba

Foto JBPM Perak

IPOH, 20 Jun-Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyelamatkan sepasang pelancong warga asing yang terperangkap di dalam Gua Tokong Sam Poh Tong, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang mangsa yang terperangkap pada pukul 2.26 petang tadi.

Jelasnya, lelaki warga China dan wanita warga Korea Selatan itu dijumpai dalam keadaan selamat di gua berkenaan dan pasangan itu didapati terperangkap kerana pintu utama gua telah tertutup.

Ujarnya, kedua-dua pelancong warga asing yang berusia lingkungan 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit dan pintu gua berkenaan telah dibuka semula oleh pengawal keselamatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD