fb fb fb fb fb

Banjir: 3,339 penduduk berlindung di PPS di Kedah

Hujan berterusan di Kedah/BERNAMA

ALOR SETAR, 26 November - Seramai 3,339 penduduk terjejas banjir daripada 1,148 keluarga ditempatkan di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Kota Setar, setakat pukul 4 petang.
 
Pokok Sena menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
  
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah, di Kubang Pasu, seramai 2,357 penduduk daripada 853 keluarga ditempatkan di 15 PPS.
 
Sementara di Kota Setar, 878 orang daripada 261 keluarga berlindung di empat PPS.
 
Manakala di Pokok Sena, seramai 104 penduduk daripada 34 keluarga berlindung di sebuah PPS di  Dewan  Pokok Sena.
 
 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ