fb fb fb fb fb

Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Nasional 2026–2035 dilancar hujung tahun ini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan ucaptama pada Persidangan Binaan Hijau Antarabangsa (IGBC) 2025 / Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 19 Ogos - Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Nasional 2026–2035 (NEEAP 2.0) bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, strategi komprehensif itu meneliti pelbagai inisiatif merentas sektor bagi memacu penjimatan tenaga negara.

“Kaedah tarif yang baharu lebih telus berbanding sebelum ini.

Pengguna yang memanfaatkan tenaga pada waktu luar puncak akan dapat menjimatkan penggunaan, selain menggalakkan penggunaan lebih berhemah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Binaan Hijau Antarabangsa (IGBC) 2025 di sini, hari ini.

Pelan itu turut menekankan kepentingan perubahan tingkah laku pengguna sebagai kunci kejayaan penjimatan tenaga dalam jangka panjang.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN