KUALA LUMPUR, 31 Oktober - Perbincangan antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO), masih berjalan.
PETRONAS dalam kenyataan memaklumkan perbincangan berterusan itu bertujuan menyelaraskan kepentingan dan objektif semua pihak.
Tambah kenyataan itu, ia demi memelihara kemurnian pengaturan kontrak sedia ada.
"PETRONAS ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petros mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO)," tulis kenyataan itu.
Jelas syarikat minyak dan gas itu, perbincangan itu juga akan memastikan komitmen kepada pelabur dan pelanggan terus dipenuhi.