fb fb fb fb fb

Pelaksanaan 5G ditambah baik diumum akhir Mac

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 25 Januari-Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dengan beberapa penambahbaikan. sebelum hujung Mac ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu bukan hanya mencapai sasaran 80 peratus malah diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.

"Insyaallah, sebelum hujung bulan Mac kita akan umumkan apa yang kita lakukan dengan DNB yang berada di bawah jagaan KKD. Saya percaya beberapa persefahaman yang bersepadu itu kita akan dapat lakukan", katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara di Bernama TV semalam.

Beliau optimis, usaha berkenaan dapat merancakkan ekonomi digital dan membantu meningkatkan produktiviti.

DNB yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Kewangan, kini diwartakan di bawah KKD berkuatkuasa Jumaat lalu.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil/ FOTO BERNAMA)

Media Baharu